Sane puji peranan Guardiola

Oleh Staff Writer 20 Mac 2019 1190
Sane puji peranan Guardiola
Leroy Sane memuji peranan pengurus Manchester City, Pep Guardiola, dalam perkembangannya sebagai pemain.

Sane menyertai City daripada Schalke pada 2016 dan dinobat sebagai Pemain Remaja Terbaik Persatuan Pemain Bolasepak Profesional (PFA) ketika kelab itu memenangi Liga Perdana Inggeris (EPL) musim lalu.

Pemain berusia 23 tahun itu menjaringkan lapan gol dalam 25 penampilan bagi musim ini dan berasa terhutang budi kepada Guardiola dalam perkembangannya.

"Dia memiliki pengaruh yang sangat besar terhadap peningkatan saya," kata Sane.

"Kerana Guardiola, saya telah menampilkan perningkatan, termasuk rakan sepasukan yang lain.

"Dia sentiasa berusaha untuk membantu kami menjadi lebih baik setiap hari, itu adalah sasarannya. Kami sentiasa memperbaiki kelemahan kami."

Sane turut percaya bahawa saingan EPL adalah yang terbaik di dunia, lebih kompetitif daripada Bundesliga.

"Secara peribadi, saya berasakan EPL lebih sukar berbanding liga Jerman. Tetapi perbezaannya tidak begitu ketara.

"Jika anda lihat betapa ramai pemain Jerman yang beraksi di tahap yang baik dan pasukan Jerman turut di tahap yang baik."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen