Sarri ambil alih Juventus 

Oleh Staff Writer 17 Jun 2019 1465
Sarri ambil alih Juventus 
Maurizio Sarri sah meninggalkan Chelsea untuk mengambil alih kerusi panas sebagai pengurus Juventus dengan kontrak tiga tahun.

Sarri baru sahaja mengharungi setahun daripada kontrak tiga tahun yang ditandatanganinya bersama Chelsea, namun kesepakatan telah dicapai untuk membolehkan dia kembali ke Serie A yang pernah menyaksikannya mengemudi Napoli untuk menamatkan saingan 2018 di tempat kedua. 

Kedudukan pengurus Itali tersebut berada dalam keraguan sejak beberapa bulan lalu ekoran beberapa isu yang melanda kem Chelsea sambil bekas tonggak kelab itu, Frank Lampard, disebut-sebut bakal menggantikannya. 

Kata Pengarah Chelsea, Marina Granovskaia: "Selepas final Liga Europa, Maurizio menjelaskan keinginan kuatnya untuk pulang ke negara asalnya. Dia menjelaskan bekerja di Itali amat mustahak baginya. 

"Dia turut percayakan kepentingan untuk berada dekat dengan keluarga dan demi kesejahteraan ibu-bapanya.

"Maurizio meninggalkan Chelsea dengan ucapan terima kasih daripada kami atas tugas yang telah dilakukannya serta barisan pembantunya selama semusim sebagai jurulatih kami serta memenangi Liga Europa, membimbing kami ke final Piala Liga Inggeris (EFL) dan meraih tempat ketiga Liga Perdana Inggeris (EPL).

"Kami juga ingin mengucapkan tahniah kepadanya kerana mendapat peranan besar dalam Serie A dan kami mengucapkan selamat berjaya pada masa depan."
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen