Saya sentiasa terhutang dengannya -- Guardiola puji penglibatan Begiristain

Oleh Staff Writer 8 Jun 2019 1505
Saya sentiasa terhutang dengannya -- Guardiola puji penglibatan Begiristain
Pep Guardiola menyifatkan Pengarah Bolasepak Manchester City, Txiki Begiristain, sebagai individu terpenting dalam kariernya dan berkata dia tidak akan dapat membalas budi yang diraih.

Begiristain membantu membawa Guardiola ke Etihad pada 2016 selepas terlibat dalam pelantikannya semasa di Barcelona pada 2008.

Pengendali berusia 48 tahun itu menikmati kejayaan sepanjang tiga tahun di City, memenangi Liga Perdana Inggeris dan Piala Liga sebanyak dua kali serta sekali menjulang Piala FA.

Dan Guardiola memberikan penghargaan kepada Begiristain di atas kepercayaan yang diberikan rakan senegaranya itu kepadanya.

"Saya rasa Begiristain merupakan individu terpenting dalam karier saya selaku pengurus," katanya.

"Kini, mungkin mudah untuk mempercayai saya tetapi sebelum saya meraih kejayaan hari ini, dia meletakkan kepercayaan itu. Tanpanya, saya tiada di sini, jadi saya sentiasa terhutang dengannya.

"Bersyukur kerana dia lebih daripada sekadar seorang pengarah bola sepak. Dia seorang yang pemalu dan merendah diri, tidak pernah tampil kepada media. Seperti saya sering katakan: kadangkala perlu bercakap! Berikan saya bantuan dan jelaskan perasaan anda mengenai corak yang anda mahu kami mainkan.

"Namun, dia berkata tidak, ia bukan hak saya. Dia seorang individu hebat. Individu yang menjadikan saya berdiri hari ini dan karier saya tidak bermakna tanpanya. Sudah tentu kami bercakap tentang bola sepak, berkongsi idea dan sebab itu ia mudah."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen