Sertai Real "impian" setiap pemain -- Pogba

Oleh Staff Writer 21 Mac 2019 2777
Sertai Real
Paul Pogba sekali lagi memberikan bayangan bakal meninggalkan Manchester United dengan menyifatkan Real Madrid sebagai perpindahan "impian".

Pogba telah dikaitkan dengan penghijrahan meninggalkan Old Trafford pada permulaan musim ini selepas tidak lagi mencapai persefahaman dengan pengendali pasukan, Jose Mourinho.

Pemenang Piala Dunia itu telah diketepikan Mourinho sebelum dia dipecat dan Pogba kembali menyinar di bawah pimpinan pengendali sementara, Ole Gunnar Solskjaer, sejak Disember lalu.

Pogba turut memberikan bayangan dia mungkin mencari jalan keluar daripada United buat kali kedua selepas Zinedine Zidane kembali ke Real, sekali gus menghidupkan minatnya untuk berkelana ke Sepanyol.

"Seperti apa saya katakan sebelum ini, Real Madrid adalah impian setiap pemain," kata Pogba.

"Ia merupakan kelab terbesar dunia. Ia dipimpin Zidane dan merupakan impian mana-mana pemain yang gemarkan bola sepak.

"Buat masa ini, saya bersama United. Kami tidak mengetahui apa yang bakal berlaku pada masa akan datang."

Perancis bakal memulakan kempen kelayakan Euro 2020 dengan aksi berdepan Moldova dalam Kumpulan H, esok.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen