Situasi Sanchez, Ozil menarik -- Wenger

Oleh Staff Writer 31 Julai 2017 9554
Situasi Sanchez, Ozil menarik -- Wenger
Alexis Sanchez dan Mesut Ozil kini memasuki tahun terakhir kontrak masing-masing dan perkara itu disifatkan sebagai sesuatu yang menarik oleh pengurus Arsenal, Arsene Wenger.

Sanchez dilaporkan mahu meninggalkan The Gunners dan menyertai Pep Guardiola di Manchester City sambil Paris Saint-Germain (PSG) turut berminat mendapatkan khidmatnya.

Dia tidak menyertai pasukan dalam aksi Piala Emirates kerana mengalami masalah kesihatan tetapi tetap membuatkan berita penghijrahannya menjadi semakin hangat.

Selain Sanchez dan Ozil, pemain lain yang turut memasuki fasa terakhir kontrak adalah Jack Wilshere, Alex Oxlade-Chamberlain, Santi Cazorla dan Kieran Gibbs.

“Ia adalah situasi yang menarik. Semua orang perlu beraksi dengan baik,” kata Wenger.

“Pada masa akan datang, anda akan menyaksikan lebih ramai pemain yang sampai ke penghujung kontrak tetapi sebagai pemain bola sepak, anda perlu beraksi di tahap terbaik sehingga ke hari terakhir kontrak.

“Tiada siapa tahu Sanchez akan kekal atau tidak. Saya rasa dia akan terus berada di sini,” katanya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen