Terry mampu cemerlang seperti Lampard 

Oleh Shaiful Shamsudin 23 Mei 2020 148
Terry mampu cemerlang seperti Lampard 
Bekas pengurus Chelsea, Carlo Ancelotti, percaya John Terry akan menyerlah sebagai pengurus seperti yang dilakukan Frank Lampard di Stamford Bridge.

Lampard, beraksi di samping Terry ketika dikendalikan pengurus dari Itali itu mengendalikan The Blues di antara 2009 dan 2011, dipuji apabila cemerlang membimbing skuad muda Chelsea musim ini.

Rakan seperjuangannya, Terry, pula yang kini bertindak sebagai penolong pengurus Aston Villa, dianggap Ancelotti sebagai calon pengurus berwibawa yang seterusnya. 

 
Ditanya mengenai kejayaan Lampard, pengurus Everton itu berkata kepada Sky Sports: "Saya tidak terkejut kerana sebagai pemain, Frank mempunyai kualiti taktikal yang hebat.

"Frank mempamerkan prestasi yang baik di Chelsea. Saya sedang menunggu giliran Terry sebagai pengurus.

"Sekarang dia adalah seorang pembantu, tetapi saya berasakan mereka berdua mempunyai kualiti untuk muncul sebagai pengurus yang baik."
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen