Tottenham hilang khidmat Vertonghen

Oleh Staff Writer 12 Oktober 2018 965
Tottenham hilang khidmat Vertonghen
Tottenham mengesahkan pertahanan, Jan Vertonghen, mengalami kecederaan hamstring dan bakal diketepikan hingga Disember.

Pertahanan itu menyertai Dele Alli dan Christian Eriksen untuk direhatkan selepas dikeluarkan pada separuh masa ketika meraih kemenangan 2-0 ke atas Huddersfield Town pada penghujung bulan lalu.

Kelab menjelaskan Vertonghen tidak akan terlibat dalam perlawanan berdepan Manchester City dan Chelsea manakala penglibatannya dalam aksi berdepan Arsenal pada 1 Disember depan turut menjadi teka-teki.

"Vertonghen mengalami kecederaan hamstring ketika berdepan Huddersfield Town pada 29 September," kata kenyataan yang dikeluarkan kelab.

"Dia kini berada dalam proses pemulihan dan akan meneruskan usaha untuk kembali berlatih pada Disember."
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen