Usah terbawa-bawa -- Lampard percaya Chelsea masih mampu meningkat

Oleh Staff Writer 7 Oktober 2019
Usah terbawa-bawa -- Lampard percaya Chelsea masih mampu meningkat
Frank Lampard memberi amaran kepada pemain Chelsea agar tidak leka dengan prestasi hebat yang sedang dilalui tatkala mereka masih jauh daripada apa yang diharapkan.

Semalam, Chelsea mudah menundukkan Southampton 4-1 di Stadium St Mary's untuk mencatat rekod kemenangan berturut-turut buat kali pertama di bawah bimbingan Lampard.

Danny Ings menjaringkan gol tunggal buat tuan rumah selepas Tammy Abraham dan Mason Mount memberikan dua gol pendahuluan buat The Blues, namun N'Golo Kante dan pemain gantian, Michy Batshuayi, mengesahkan kemenangan 4-1.

Kemenangan keempat dalam saingan liga musim ini membolehkan Chelsea kini menduduki tangga kelima liga, berkongsi mata dengan pasukan tangga keempat, Leicester City, tetapi Lampard menegaskan masih ada kelemahan untuk diperbaiki.

"Saya tidak fikir kami bermula dengan baik walaupun ia pernah berlaku dan diperkatakan sebelum ini," katanya.

"Jaringan hadir pada waktu yang tepat dan selepas itu, saya rasa agak selesa. Meraih empat gol di tempat lawan, ia tengah hari yang indah.

"Namun, usah terbawa-bawa. Musim masih panjang dan kami fikir mampu mendapatkan lebih banyak mata. Kami tidak berada pada tahap terbaik dan mampu meningkatkannya lagi.

"Kami tidak boleh leka. Ketika kedudukan 2-0, kami patut dapatkan 3-0. Kami menjaringkan gol, bagus tetapi mampukah mempertahankannya? Ya."

Abraham meraikan panggilan ke skuad England dengan gol kesembilannya musim ini dalam semua kejohanan apabila membuka tirai jaringan buat Chelsea.

Pengurus The Blues, Lampard, memuji persembahan pemain muda itu tetapi menganggap Willian memainkan peranan penting.

"Abraham beraksi dengan cemerlang," katanya.

"Prestasi ketika menyerang atau tanpa bola, dia hebat tetapi saya perluk katakan bahawa Willian begitu berkesan. Dia menjadi contoh ketika memegang atau tanpa bola.

"Dia seorang ketua yang tidak menjerit tetapi memimpin melalui persembahannya."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen