Pemberian tiket percuma tidak benar -- SAFA

Oleh Willie Jude 12 Julai 2019 132
Pemberian tiket percuma tidak benar -- SAFA
Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA) hari ini menafikan tiket bagi menyaksikan perlawanan di antara Sabah dan Kelantan di Stadium Likas, malam esok akan diberi secara percuma.

Ia susulan satu kenyataan yang tular di media sosial kononnya tiket percuma bagi menyaksikan perlawanan itu akan diberikan sempena meraihkan kejuaraan skuad Tambadau dalam saingan Liga Perdana.

Setiausaha Agung SAFA, Andrew Majanggim, dalam satu kenyataan berkata berita itu adalah palsu dan disebarkan oleh pihak tidak bertanggungjawab. 

"Tiket menyaksikan perlawanan itu akan dijual dengan harga seperti biasa, iaitu RM25 bagi tempat duduk berbumbung dan RM15 bagi tempat duduk terbuka.

"Tiket akan dijual di kaunter tiket Stadium Likas bermula jam 8 pagi esok," katanya. 

Sementara itu, selepas perlawanan yang akan bermula pada jam 9 malam itu, turut diadakan ialah penyampaian piala Liga Perdana kepada pasukan Sabah.

Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin, serta Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal, dijangka hadir bagi menyaksikan perlawanan serta majlis penyampaian piala berkenaan. 
 

Tentang Penulis

Willie Jude

Komen