Selangor United berputih mata di laman sendiri

Oleh Staff Writer 25 Jun 2019 2335
Selangor United berputih mata di laman sendiri
SELANGOR UNITED 2 PDRM 3

Selangor United terpaksa berputih mata di laman sendiri selepas tewas 2-3 kepada PDRM dalam aksi Liga Perdana di Stadium Majlis Perbandaran Selayang, hari ini.


Tuan rumah melayani kunjungan The Cops dengan harapan untuk menamatkan badi kekalahan dalam dua perlawanan lalu -- kepada Negeri Sembilan dan Pulau Pinang.

Namun, PDRM terlebih dahulu menggugat impian itu menerusi gol pembukan Uche Agba seawal minit kedua.

Selangor United, bagaimanapun, tidak menunggu lama untuk menyamakan kedudukan apabila Hwang Sin-young tidak berdepan masalah untuk menyudahkan peluang terhidang pada minit kelapan.

Perlawanan semakin rancak apabila kedua-dua pasukan saling berbalas serangan sebelum Agba melakukan lorongan cantik yang disudahkan Ahmad Ezrie Shafizie pada minit ke-23 untuk PDRM berkelebihan satu gol menuju ke bilik persalinan.

PDRM melebarkan kedudukan itu dalam babak kedua apabila Agba sekali lagi menemui sasaran menerusi tolakan kaki kirinya pada minit ke-55 sebelum Selangor United merapakan jurang melalui sentuhan Sin-young pada minit ke-61. 

"Ia menunjukkan perbezaan pengalaman di antara kedua-dua pasukan.

"Apbila PDRM menjaringkan tiga gol, kami baru nak bangkit, jadi sudah agak terlambat," kata ketua jurulatih Selangor United, Abdul Talib Sulaiman.

"Ia bagus apabila kami dapat mengekang asakan daripada Selangor United. Apa yang penting bagi kami ialah (pungutan) tiga mata ini," kata ketua jurulatih PDRM, E. Elavarasan, pula.

Keputusan lain:
JDT II 2 UITM FC 0

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen