Zahasmi setia bersama KUFC

Oleh Farizal Yusoff 11 Disember 2019 1406
Zahasmi setia bersama KUFC
Juara Liga M3, Kelantan United FC (KUFC), mengesahkan Zahasmi Ismail kekal sebagai pengendali untuk saingan Liga Malaysia (Liga-M), musim depan.

Setiausaha Eksekutif KUFC, Wan Mohd Zul Ikman, berkata bekas jurulatih Kelantan The Red Warriors (TRW) itu berkenaan bersetuju untuk membimbing skuad yang berpengkalan di Kota Bharu itu.

"Alhamdulillah, Zahasmi (Ismail) bersetuju untuk meneruskan khidmatnya bersama KUFC untuk semusim lagi.

"KUFC sangat berpuas hati dengan pencapaian yang dilakarkan jurulatih berpengalaman ini sambil mengharapkan kejayaan yang lebih hebat dalam saingan Liga Perdana, musim depan.

"Antara Indeks prestasi Utama (KPI) yang diberikan kepadanya (Zahasmi) termasuklah kekal dalam liga dan layak ke saingan Piala Malaysia," katanya.

Untuk rekod, KUFC mencipta sejarah menjulang kejuaraan liga, musim ini apabila memungut 66 mata hasil daripada 21 kemenangan dan tiga keputusan seri.

Kredit Foto: Kelantan United FC

Tentang Penulis

Farizal Yusoff

Komen