Cabaran Asia: Peluang Sathianathan, Alberts ukur kekuatan 

Oleh Staff Writer 17 Januari 2020 1545
Cabaran Asia: Peluang Sathianathan, Alberts ukur kekuatan 
Tumpuan Kejohanan Cabaran Asia 2020 yang akan membuka tirai esok terarah kepada pertembungan Selangor dengan Persib Bandung yang akan mengimbau persahabatan di antara pengendali kelab Indonesia itu, Robert Alberts, dan jurulatih Gergasi Merah, B. Sathianathan, yang pernah membentuk kerjasama dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM). 

Kejohanan di Stadium Shah Alam yang diadakan buat julung kalinya itu akan membabitkan empat pasukan yang diketuai tuan rumah, Selangor, Persib Bandung selain satu lagi pertembungan esok akan membabitkan True Bangkok United (Thailand) dan Hanoi FC (Vietnam) pada sebelah petang. 

Persahabatan mereka terjalin ketika Sathianathan menggalas peranan sebagai jurulatih skuad kebangsaan ketika itu manakala Alberts bertindak selaku pengarah teknikal FAM dan skuad remaja kebangsaan. 

Selain elemen nilai tambah itu, kejohanan selama dua hari berkenaan juga akan menjadi medan buat setiap pasukan untuk menguji kekuatan pasukan masing-masing. 


Ikuti laporan penuh dalam Nadi Arena seterusnya 



​Editor: Shaiful Shamsudin 
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen