Ishak mahu PDRM terus tampil aksi terbaik

Oleh Ammar Hakim 11 Mac 2020 242
Ishak mahu PDRM terus tampil aksi terbaik
Pengendali PDRM, Ishak Kunju, menegaskan setiap perlawanan adalah final buat The Cops dan bukan hanya ketika bertemu Johor Darul Ta'zim (JDT).

"Saya memiliki pendekatan yang mudah, kami harus melihat setiap perlawanan seperti aksi final. Kami perlu menggunakan kemampuan yang terbaik dalam setiap perlawanan. Saya percaya dengan kualiti dimiliki PDRM tetapi kami memerlukan masa," katanya.

Reaksi tersebut sebagai menyangkal dakwaan pasukannya beraksi bermati-matian hanya ketika bertemu JDT dalam aksi Liga Super semalam.

Pertemuan di Stadium KLFA Cheras itu menyaksikan JDT dipaksa bekerja keras sebelum menang 1-0 menerusi jaringan Diogo Luis Santo pada penghujung permainan.

Perlawanan itu juga turut menyaksikan kelibat pemain naturalisasi negara, Liridon Krasniqi, yang membuat penampilan sulung selepas hampir setahun berehat ekoran kecederaan.

"Ia adalah perlawanan yang sukar dan permukaan padang yang menggagalkan cara permainan pasukan. Tetapi saya bergembira kerana dapat menjadi sebahagian daripada pasukan dan membantu melakar kemenangan," kata Liridon.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen