PKNS bawa pulang satu mata dari Manjung

Oleh ​Azizan Hashim 26 Jun 2019 309
PKNS bawa pulang satu mata dari Manjung
PKNP FC 2  PKNS FC 2

PKNP FC terpaksa menelan kepahitan akibat sepakan penalti yang diraih lawan tujuh minit sebelum tamat selepas diikat 2-2 oleh PKNS FC dalam perlawanan Liga Super di Stadium Majlis Perbandaran Manjung, sebentar tadi.


Ketika kejayaan tampak menjadi milik skuad kendalian Abu Bakar Fadzim itu, kesilapan seorang pemain tuan rumah menolak pemain lawan dalam kotak penalti membawa padah apabila pasukan Semut Merah itu dihadiahkan sepakan penalti pada minit ke-73.

Kpah Sherman tenang menumpaskan Khairul Thaqif Shah untuk menyelamatkan pasukan pelawat itu daripada tumpas di tempat lawan.

Dalam perlawanan sebentar tadi, kedua-dua pasukan turun dengan misi mengutip kemenangan untuk menyelamatkan diri daripada zon penyingkiran ke Liga Perdana musim depan.

PKNP dan PKNS berbalas serangan tetapi pelawat tampil lebih garang apabila membuka tirai jaringan  melalui R. Surendran pada minit ke-34.

Namun, anak buah Abu Bakar memadamkan kelebihan itu melalui jaringan kapten, Mohd Hafiz Ramdan, tiga minit selepas babak kedua bersambung.

Gol itu menyemarakkan semangat pemain tuan rumah yang seterusnya menyaksikan Giancarlo Lopes Rodriguez meletakkan PKNP di depan pada minit ke-74.

Asakan tidak berputus asa daripada anak buah Datuk K. Rajagobal itu akhirnya membuahkan hasil dan peluang menerusi sepakan penalti tidak disia-siakan oleh Sherman bagi membolehkan PKNS pulang dengan satu mata hasil keputusan 2-2.

Kredit foto: Facebook PKNP FC

Keputusan lain:

Liga Super
FELDA UNITED 2 PERAK 3
SELANGOR 5 PAHANG 2

Liga Perdana
SELANGOR UNITED 2 PDRM FA 3
JDT II 2 UITM FC 0

Tentang Penulis

​Azizan Hashim

Komen