Saya bertanggungjawab -- Sathianathan

Oleh Staff Writer 18 Februari 2019 5584
Saya bertanggungjawab -- Sathianathan
"Saya bertanggungjawab." Itu reaksi pengendali skuad Selangor, B. Sathianathan, selepas pasukannya diaibkan PKNS FC 4-0 dalam aksi Liga Super di Stadium Shah Alam, malam tadi.

Sememangnya, ia adalah mimpi ngeri buat skuad Red Giants selepas mereka sekadar seri menentang Felda United dan PJ City FC sebelum ini.

Kegagalan anak buah Sathianathan untuk membendung keampuhan skuad PKNS bermula pada minit ke-26 apabila gawang mereka dibolosi susulan sepakan sudut, Chan Vathanaka, berjaya ditanduk masuk Nicolas Swirad.

Empat minit selepas rehat, PKNS menggandakan kelebihan menerusi Kpah Sean Sherman yang bijak memperdayakan penjaga gol Selangor, Khairul Azhan Khalid.

Derita tuan rumah berterusan apabila giliran Vathanaka menghasilkan gol buat PKNS pada minit ke-79 sebelum Romel Morales melengkapkan kemenangan pasukan The Red Ants.

"Saya bertanggungjawab di atas kekalahan ini. Daripada jentera pertahanan hingga serangan gagal mempamerkan aksi yang terbaik," kata Sathianathan.

"Saya tidak menjangka kemenangan dengan empat jaringan dalam perlawanan ini. Tetapi saya memiliki keyakinan selepas apa yang dipamerkan pemain-pemain dalam sesi latihan," kata jurulatih PKNS, Datuk K. Rajagobal.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen