Selesaikan hutang, geran bukan penyelamat -- Kevin

Oleh Staff Writer 12 Februari 2019 443
Selesaikan hutang, geran bukan penyelamat -- Kevin
Pasukan dibelenggu polemik hutang boleh terus bermimpi jika mengharapkan geran menjadi penyelamat ketika hukuman keras seperti penyingkiran daripada saingan Liga Malaysia menanti mereka.

Liga Bolasepak Malaysia (MFL) bertegas memberikan tempoh sehingga Jumaat ini untuk tujuh pasukan mengemukakan laporan dan bukti keadaan kewangan mereka.

Meskipun tidak menamakan pasukan-pasukan tersebut, Perlis dan Felda United difahamkan berada dalam senarai itu berdasarkan keterbukaan luahan pemain serta laporan Jawatankuasa Status Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) yang dikeluarkan Jumaat lalu.

"Jika MFL memberikan dana dan geran kepada pasukan untuk digunakan bagi menyelesaikan isu tunggakan gaji, apa yang akan berlaku bagi musim 2019. Kami mahu perkara ini tidak lagi berulang selepas ini," kata Ketua Pegawai Operasi MFL, Kevin Ramalingam.

Walaupun hukuman drastik boleh dikenakan, MFL akan mengambil kira impak kepada kelangsungan masa depan pemain yang terkesan.

Musim lalu, penyertaan Kuantan FA dalam saingan Liga Malaysia dibatalkan gara-gara isu hutang sehingga menyaksikan pasukan itu gagal hadir untuk satu pertemuan Liga Perdana menentang PDRM. 

"Saya yakin ahli lembaga pengarah akan melakukan keputusan yang terbaik kepada pasukan yang gagal untuk melunaskan gaji tertunggak ini," tambahnya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen