Covid-19: England komited tamatkan saingan Piala FA

Oleh Staff Writer 27 Mac 2020 209
Covid-19: England komited tamatkan saingan Piala FA
Persatuan Bolasepak England (FA) berharap dapat menamatkan kempen Piala FA lelaki dan wanita bagi musim 2019-20 apabila ia selamat untuk dijalankan.

Bola sepak Inggeris ditangguhkan susulan wabak coronavirus sambil Liga Perdana Inggeris, Liga Bolasepak serta Liga Super Wanita dihentikan.

Terdapat lebih 10,000 kes yang disahkan di Britain sehingga meragut hampir 500 nyawa.

Saingan liga dihentikan sementara sekurang-kurangnya sehingga 30 April depan walaupun pihak FA telah melanjutkan musim dalam usaha memastikan saingan 2019-20 dapat ditamatkan.

Dalam satu kenyataan semalam, badan bola sepak Inggeris menyatakan keyakinan terhadap saingan trofi itu.

Merujuk kepada saingan bukan liga, Piala FA dan Piala Vase, wakil FA berkata: "Kami sedang meneliti pilihan yang ada sambil berusaha untuk menamatkan saingan sebaik sahaja keadaan selamat.

"Kelab yang terlibat kini menghampiri pusingan akhir dan untuk semua pasukan dan penyokong, kami melakukan yang terbaik bagi memastikan impian Wembley tetap terlaksana."


Piala FA Belia dan kejohanan lebih kecil juga akan diselesaikan jika berpeluang sambil pihak FA meneruskan perancangan untuk musim depan.

Tatkala tiada keputusan diumumkan bagaimana dan bila Liga Perdana Inggeris serta saingan elit lain akan ditamatkan, berita melaporkan FA mengumumkan beberapa saingan bukan liga telah tamat.

Ia melibatkan Liga Kebangaan Utara dan Liga Kebangsaan Selatan yang dihapuskan sambil tiada kenaikan dan penyingkiran bagi musim depan.

Persetujuan sama juga dicapai untuk aksi wanita tahap tiga hingga tujuh.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen