Piala Emas Khir Johari: ATM B muncul juara

Oleh Staff Writer 4 Ogos 2019 1721
Piala Emas Khir Johari: ATM B muncul juara
ATM B muncul juara Piala Emas Khir Johari Ke-55 selepas menundukkan PDRM A dalam final di Kuala Terengganu, hari ini.

Pertemuan dua pasukan badan berkanun itu menyaksikan aksi berat sebelah di mana ATM B terlalu unggul untuk ditentang PDRM A, yang akur tewas straight set.

Berbekalkan semangat selepas menyingkirkan Negeri Sembilan A dalam separuh akhir, ATM B yang dibarisi Tunku Noor Azwari Tunku Ishak (tekong), Afifuddin Razali (perejam) dan Norfaizzul Razak (pengumpan), mempamerkan dominasi mereka dalam set pertama apabila mudah meraih kemenangan 21-16 hasil servis kencang Noor Azwari.

PDRM, yang menurunkan gandingan Syahmi Husin, Shukri Hassan dan Suhairi Sulaiman, jelas kepenatan selepas dipaksa mengerah keringat untuk mengatasi aksi sengit Kelantan A dalam separuh akhir malam tadi.

Dan faktor itu menjadi punca mereka mengalah awal untuk akur tewas 17-21 dalam set kedua.

Selaku pemenang, ATM B membawa pulang wang tunai RM5,000 manakala PDRM A pula menerima RM3,000 selaku naib juara.

Sebagai rekod, kali terakhir ATM menjuarai kejohanan itu ialah dalam edisi 2009 di Stadium Tititwangsa.


KEPUTUSAN PENUH:
Juara: ATM B
Naib juara: PDRM A
Tempat ketiga: Negeri Sembilan A
Tekong terbaik: Syahmi Husin (PDRM A)
Apit kanan terbaik: Afifuddin Razali (ATM B)
Apit kiri terbaik: Nor Faizzul Abdul Razak (ATM B)
Jurulatih terbaik: Mohd Khalid Alias (PDRM A)
Pengurus terbaik: Tajul Hisyam Mamat (ATM B)

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen