Sukan SEA Filipina bukan sejarah hitam -- Khairol Zaman

Oleh Staff Writer 12 Disember 2019 2694
Sukan SEA Filipina bukan sejarah hitam -- Khairol Zaman
Perejam skuad sepak takraw negara, Khairol Zaman Hamir Akbar, enggan menjadikan Sukan SEA Filipina yang berakhir semalam sebagai memori hitam biarpun menelan kepahitan mengalami kecederaan lutut anterior cruciate ligament (ACL).

Temasya di Filipina itu memberikan memori buruk buat Khairol Zaman sepanjang pembabitannya dalam sukan berkenaan.

Perejam Negeri Sembilan Antlers itu ditimpa kecederaan berkenaan ketika menentang Myanmar dalam acara berpasukan.

Ia memaksanya untuk berehat selama enam bulan dan akan terlepas beberapa kejohanan utama seperti Liga Sepak Takraw (STL).

"Memang macam tak boleh terima tetapi bila fikir-fikir balik, mungkin ada hikmah di atas apa yang terjadi.

"Mungkin selepas ini ada rezeki yang lebih baik untuk saya.

"Masa itu, saya sedang melakukan hadangan.

"Ketika mendarat, saya cuba melompat kembali dan lutut saya terkehel," katanya.

Khairol Zaman, yang kempunan untuk beraksi dalam acara antara regu, membantu skuad negara merangkul pingat perak dalam acara berpasukan, sekali gus memperbaiki pencapaian meraih gangsa dalam edisi di Kuala Lumpur pada 2017.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen