Sukan SEA: Rombakan mampu bawa sinar baru -- Norzubaidah 

Oleh Shaiful Shamsudin 4 Julai 2020 128
Sukan SEA: Rombakan mampu bawa sinar baru -- Norzubaidah 
Pengumuman rombakan barisan kejurulatihan Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), menerusi Presiden, Datuk Seri Ahmad Ismail, disambut baik skuad sepak takraw wanita negara dengan harapan perubahan akan membawa kepada penambahbaikan prestasi.

Bagi  pemain wanita negara, Siti Norzubaidah Che Ab Wahab, rombakan yang dilakukan badan induk negara itu perlu dilihat daripada aspek positif. 

"Jika rombakan itu membawa kebaikan, saya terima. 

"Setiap jurulatih mempunyai cara berbeza dan demi kebaikan, saya akan terima," katanya. 





Baginya, paling penting rombakan itu diharapkan memberi nafas baru buat kem wanita negara, khasnya menuju Sukan SEA Vietnam tahun depan.

"Saya akan cuba membawa pulang medal. 

"Kami cuba untuk dapatkan kalungan pingat."
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen