ASG: Hoe Yean raih emas ketiga kontinjen negara

Oleh Staff Writer 20 Julai 2019 935
ASG: Hoe Yean raih emas ketiga kontinjen negara
Perenang muda negara, Khiew Hoe Yean, meraih pingat emas ketiga buat negara dalam acara 400 meter rampaian Sukan Sekolah-Sekolah ASEAN, sebentar tadi.

Saingan hari kedua di Kolam Renang Jatidiri, Semarang itu menyaksikan Hoe Yean meraih emas dengan catatan masa 4 minit 31.33 saat.

Perenang berusia 16 tahun itu bakal menyertai dua lagi acara dan dilihat memiliki peluang cerah untuk menggondol emas dalam acara 200m gaya bebas.

Selain itu, kontinjen negara berjaya melayakkan diri ke 10 acara final daripada 11 yang dipertandingkan hari ini.

Untuk perkembangan lanjut, ikuti Nadi Arena 7.30 dan 11 malam ini.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen