Boling padang: Malaysia B raih kemenangan ketiga

Oleh Staff Writer 23 Ogos 2019 755
Boling padang: Malaysia B raih kemenangan ketiga
Kem boling padang negara terus mendominasi perlawanan peringkat kumpulan Kejohanan Boling Padang Antarabangsa Kuala Lumpur bagi kategori lelaki sementara terdapat kejutan dalam kategori wanita hari ini.

Hari ketiga saingan menyaksikan pasukan Malaysia B bagi kategori lelaki meraih kemenangan ketiga apabila menewaskan Hong Kong 14-10.

Dalam kategori wanita pula, pasukan Malaysia A dikejutkan apabila tewas kepada Hong Kong 11-12.

Kem negara masih mempunyai dua perlawanan bagi peringkat kumpulan sebelum mara ke pusingan kalah mati esok.

Sasaran yang diletakkan Persekutuan Boling Padang Malaysia (PLBM) ialah sekurang-kurangnya mencapai peringkat separuh akhir ataupun pusingan akhir.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen