Dr. Faithal: Kutip derma tidak salah

Oleh Staff Writer 11 September 2019 81
Dr. Faithal: Kutip derma tidak salah
Pemerhati sukan negara, Dr. Mohamad Faithal Hassan, menganggap tindakan Persatuan Hoki Dalam Air Malaysia (MUHA) menjalankan kutipan derma untuk menghantar atlet menyertai Sukan SEA Filipina sebagai tidak menjatuhkan maruah atlet kebangsaan.

MUHA sebagai persatuan kerdil tidak mempunyai banyak pilihan untuk mendapatkan penaja.

Mereka memerlukan sekurang-kurangnya RM70,000 untuk menghantar atlet merebut empat pingat emas yang ditawarkan di Filipina.

Jadi, tindakan mengutip derma untuk mengumpul dana bukan satu kesalahan.

"MUHA memiliki dana yang kecil dan usaha mereka mendapatkan dana dengan apa-apa cara sekalipun harus diambil positif. Bagaimanapun, MOM mungkin boleh mengeluarkan garis panduan yang perlu dituruti persatuan tersebut," katanya.

Atlet hoki dalam air diletakkan dalam kategori B2, iaitu perlu menanggung sendiri kos penyertaan Sukan SEA Filipina dan jika menang pun, MOM tidak akan membayar kembali kos terbabit.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen