GP FINA: Syafiq mahu terus cemerlang

Oleh Staff Writer 14 November 2019 64
GP FINA: Syafiq mahu terus cemerlang
Selepas cemerlang meraih dua pingat emas dalam Grand Prix Terjun FINA di Gold Coast, Australia hujung minggu lalu, penerjun negara, Syafiq Puteh, bertekad untuk mengekalkan ketekalannya dalam GP FINA di Pusat Akuatik Nasional, Bukit Jalil bermula esok.

Penerjun kelahiran Perak itu membawa misi peribadi selepas mengungguli acara 3 meter papan anjal seirama lelaki dan campuran di Gold Coast.

Dengan kelebihan beraksi di laman sendiri, atlet berusia 24 tahun itu mahu menumpukan acara 3 meter papan anjal individu sebagai persiapan sebelum ke Sukan SEA Filipina hujung bulan ini.

Selain itu, dia akan turut bergandingan dengan Wendy Ng Yan Yee dalam acara 3 meter papan anjal seirama campuran.

"Saya lebih fokus (kepada acara) individu kerana saya mahukan persediaan yang betul-betul rapi sebelum ke Sukan SEA.

"Tentang momentum, saya agak penat tapi saya akan terus berusaha untuk membuat yang terbaik," katanya.

Skuad negara akan berdepan cabaran 12 negara lain dalam GP FINA Kuala Lumpur,

Cabaran utama sudah pasti tertumpu kepada pasukan China yang akan membariskan penerjun utama mereka.

"Semua negara ada kekuatan dan kelebihan masing-masing.

"Saya juga ada kelebihan tersendiri.

"Saya hanya perlu terus berusaha untuk buat yang terbaik," tambahnya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen