Kejohanan Dunia IPC: Siti Noor Radhiah pulang hampa

Oleh Staff Writer 14 November 2019 107
Kejohanan Dunia IPC: Siti Noor Radhiah pulang hampa
Atlet lompat jauh para negara, Siti Noor Radiah Ismail, gagal meraih sebarang pingat sekalipun memperbaiki catatan peribadi terbaiknya dalam Kejohanan Olahraga Dunia Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) di Dubai, Emiriah Arab Bersatu (UAE) hari ini.

Selepas pulang dengan tangan kosong dalam edisi di London pada 2017, pemenang pingat perak Sukan Para Asia 2018  itu bergelut dengan prestasi semasanya di Dubai.

Daripada tiga lompatan yang dilakukan, dia mencatatkan jarak 5.13 meter dalam percubaan kedua untuk menduduki tangga kesembilan daripada 12 peserta kategori T12 (masalah pembelajaran).

Meskipun gagal meraih kedudukan terbaik, atlet kelahiran Johor itu memperbaiki catatan perbadi 4.96 meter yang dicatatkannya dalam edisi dua tahun lalu.

Atlet Croatia, Mikela Ristoski, gagal mempertahankan pingat emasnya selepas sekadar melakukan lompatan sejauh 5.61 meter untuk meraih pingat gangsa.

Pingat emas milik wakil Poland, Karolina Kucharczhyk (6.21m), manakala Aleksandra Ruchkina (5.62m) dari Russia muncul pemenang perak.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen