Kejohanan Remaja Dunia: SRAM harap WSF ubah fikiran tunda berbanding dibatal 

Oleh Shaiful Shamsudin 6 April 2020 36
Kejohanan Remaja Dunia: SRAM harap WSF ubah fikiran tunda berbanding dibatal 
Persatuan Raket Skuasy Malaysia (SRAM) terkejut apabila menerima notis pembatalan Kejohanan Remaja Dunia yang sepatutnya berlangsung 19-24 Julai depan.

Keputusan itu diambil selepas penganjur di Gold Coast, Australia, enggan memainkan peranan sebagai tuan rumah berikutan krisis wabak koronavirus baru (Covid-19).

"Keputusan ini mengejutkan kami.

"Kami telah menghubungi Persekutuan Skuasy Dunia (WSF) untuk mencadangkan supaya kejohanan ini ditunda berbanding dibatalkan.

"Jadi kami juga mencadangkan supaya kejohanan itu dianjurkan oleh negara lain. Justeru, WSF akan mempertimbangkan cadangan itu dalam waktu yang sesuai.

"Saya harap India boleh diberikan hak penganjuran memandangkan mereka menunjukkan kesungguhan," kata Pengarah Kejurulatihan SRAM, Mejar (B) S. Maniam, kepada wakil Nadi Arena, Shahrazad Sani, hari ini. 

Pemain wanita, Aifa Azman, pernah mencipta sensasi apabila mara ke separuh akhir Kejohanan Remaja Dunia di Kuala Lumpur tahun lalu tetapi tewas kepada pemain Mesir, Jana Shiba, dalam aksi sengit lima set.

"Antara pemain yang paling kecewa ialah Aifa yang menyasarkan kejuaraan dunia remaja."

 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen