Kontrak Zainal dilanjutkan

Oleh Staff Writer 12 September 2017 352
Kontrak Zainal dilanjutkan
Presiden Kesatuan Olahraga Malaysia (KOM), Datuk Karim Ibrahim, mengesahkan KOM akan mengekalkan khidmat ketua jurulatih olahraga negara, Zainal Abas, sehingga tamat Sukan Asia pada September tahun depan.

Karim menegaskan tiada sebab kontrak Zainal yang akan berakhir 30 September ini, tidak dilanjutkan selepas skuad olahraga negara meraih lapan pingat emas dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, bulan lalu.

"Tidak ada apa-apa yang menunjukkan kita perlu gugurkannya. Saya sangat berpuas hati dengan Zainal selaku ketua jurulatih. Pemilihannya adalah tepat," katanya.

Sentuhan Zainal berjaya memastikan kejayaan hebat atlet seperti Nauraj Singh, Muhammad Irfan Shamsuddin, Jackie Wong dan Khairul Hafiz Jantan.

Dalam perkembangan lain, Khairul Hafiz akan menyertai Kejohanan Olahraga Tertutup Dunia IAAF di Birmingham pada Mac tahun  depan sebagai persiapan ke Sukan Komanwel di Gold Coast pada April.

"Baru-baru ini, saya maklumkan kepadanya. Saya akan hantar surat kepadanya dan selepas dia bersetuju, kami akan senaraikan Khairul Hafiz ke Kejohanan Olahraga Tertutup  Dunia IAAF di Birmingham," tambah Karim.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen