Olahraga Asia: Bekas ketua jurulatih persoal teknik atlet sandaran

Oleh Staff Writer 25 April 2019 952
Olahraga Asia: Bekas ketua jurulatih persoal teknik atlet sandaran
Bekas ketua jurulatih olahraga negara, Hanapiah Nasir, membidas beberapa atlet yang gagal menepati ramalan dalam Kejohanan Trek dan Padang Asia (ATF) 2019 di Doha, Qatar, meskipun mendapat banyak bantuan dan keistimewaan, termasuk dihantar berlatih di luar negara.

Skuad olahraga menamatkan cabaran tanpa sebarang pingat di Doha.

Apa yang mengecewakan, beberapa atlet seperti jaguh lempar cakera, Muhammad Irfan Shamsuddin, dan lompat tinggi,  Nauraj Singh Randhawa, mendapat banyak pendedahan, termasuk berlatih di luar negara.

"Ini sesuatu yang serius apabila Irfan melakukan tiga kesalahan balingan. Irfan kerap melakukan kesilapan seperti itu ketika dalam pertandingan. 

"Kejohanan Asia satu pertandingan yang besar, jadi dia perlu menunggu beberapa tahun lagi untuk bertanding (di pentas itu)," kata Hanafiah. 

Di sebalik kegagalan meraih pingat, prestasi beberapa atlet masih baik yang menyaksikan jaguh baling tukul besi, Jackie Wong, memecah rekod kebangsaan, 67.01 meter, untuk meraih tangga kelapan.

Lee Hup Wei (lompat tinggi) pula melakukan 2.26m untuk meraih tangga keempat -- kurang 0.04m daripada had kelayakan Kejohanan Dunia.

"Nasib tidak begitu menyebelahi saya. 

"Kalau bukan kerana kesilapan dalam lompatan pertama, saya mungkin berpeluang meraih tempat ketiga. 

"Apapun, saya akan cuba lebih baik lagi dalam Terbuka Thailand (18 hingga 21 Mei depan)," kata Hup Wei. 


 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen