Piala Agong: Terengganu raih kemenangan ketiga

Oleh Tengku Danish Bahri 19 Oktober 2019 392
Piala Agong: Terengganu raih kemenangan ketiga
TERENGGANU 75 KELANTAN 8

Skuad ragbi Terengganu meneruskan rentak cemerlang dalam kempen Piala Agong selepas membenam Kelantan 75-8 dalam saingan Premier di Stadium Mini Gong Badak, hari ini.


Masih segar dengan kemenangan ke atas Johor dan Kedah, Terengganu langsung tidak memberi ruang kepada pelawat untuk mendahului 40-3 dalam babak pertama.

Tuan rumah bermula garang dengan try Faris Abdullah, Stenley Sedry Stephen dan Amirul Mukminin Amizan, disusuli dua conversion sempurna Nazreen Fitri Nasrudin.

Faris dan Timoci Vunimoku kemudian menambah mata menerusi try sebelum Nazreen menjadikan kedudukan 33-0 hasil dua conversion pada minit ke-23 dan ke-26.

Kelantan hanya berjaya merapatkan mata pada minit ke-28 apabila Syarif Saiful Aazwan tidak mensia-siakan penalti untuk menadikan kedudukan 3-33.

Terengganu yang dibimbing Izaimi Zainuddin menamatkan babak pertama dengan tambahan tujuh mata berpunca daripada try Amirul serta conversion Nazreen (m-34).

Babak kedua terus dikuasai Terengganu yang selesa melakukan try melalui pemain import, Iowane Toba, Fitri Abdullah dan Glen Cakautini, diikuti tiga conversion Nazreen.

Mendahului 61-3, kubu tuan rumah bocor pada minit ke-60 selepas Kelantan berhasil melakukan try pertama mereka menerusi Hafzan Bakri Md Roni.

Skuad tempang Kelantan begitupun bukan tandingan Terengganu yang menamatkan perlawanan dengan try daripada Fitri dan Vunimoku serta dua conversion Faizal Tahir.

Tentang Penulis

Tengku Danish Bahri

Komen