Prem tertekan perlu tambah berat badan

Oleh Staff Writer 11 Julai 2020 92
Prem tertekan perlu tambah berat badan
Atlet karate negara, S. Prem Kumar, tertekan apabila perlu menambah berat badan antara lapan ke sembilan kilogram bagi memastikan dia memastikan beraksi dalam Sukan Olimpik Tokyo tahun depan.

Jika sebelum ini, Prem Kumar, tidak mempunyai sebarang masalah untuk bertanding di bawah kategori kumite 55kg. 

Kini, dia berdepan tugas sukar beraksi di bawah kategori kumite 67kg untuk layak ke Sukan Olimpik.

Prem Kumar tertekan apabila perlu menambah lagi 8kg berat badannya yang kini baru mencecah 58kg sekaligus menyukarkan dirinya untuk menjalani latihan.

"Tekanan pada masa ini adalah untuk menaikkan berat badan.

"Mengenai lawan, saya sebelum ini pernah bertemu atlet yang berada dalam kategori 60kg, jadi ia bukan masalah utama.
 
"Sebelum saya masuk pertandingan dalam kategori 67kg, saya perlu mencuba untuk menyertai saingan di peringkat tempatan terlebih dahulu," kata Prem Kumar.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen