Sharmendran perlu rakan sepelatih terbaik hadapi kelayakan Tokyo 2021

Oleh Ammar Hakim 22 Mei 2020 73
Sharmendran perlu rakan sepelatih terbaik hadapi kelayakan Tokyo 2021
Gembira keluhannya mahu kembali berlatih didengari, kini atlet karate negara R. Sharmendran, perlu memikirkan jalan untuk mendapatkan rakan sepelatih terbaik bagi persiapan menghadapi kelayakan Sukan Olimpik Tokyo Jun 2021 nanti.

Selepas dua bulan terperap di rumah, Sharmendran akhirnya mendapat lampu hijau menjalani latihan 1 Jun nanti tatkala dia turut berada di bawah Program Road to Tokyo (RTT).

Semestinya tiada permasalahan wujud mengenai syarat ketat membabitkan 30 hari kuarantin di pusat latihan untuk atlet yang sudah biasa menjalani latihan dalam tempoh masa lama di luar negara.

Namun, apa yang dikhuatiri adalah rakan sepelatih terbaik bagi melengkapkan persiapan terbaiknya menuju saingan kelayakan tersebut.

"Tempoh persiapan akan menjadi lebih panjang. Jadi perancangan yang rapi diperlukan dan rakan sepelatih yang berkualiti dapat meningkatkan lagi prestasi," katanya.

Tentang Penulis

Ammar Hakim

Komen