Silat Dunia: Siti Shazwana sedia cabar emas

Oleh Staff Writer 27 Februari 2020 80
Silat Dunia: Siti Shazwana sedia cabar emas
Pesilat negara, Siti Shazwana Ajak, bersedia untuk menjadikan kelebihan selaku pesilat tuan rumah sebagai tonik untuk memburu pingat emas dalam Kejohanan Silat Dunia di Sarawak, April depan.

Taruhan utama kategori putri D itu antara yang diletakkan sebagai sandaran pingat emas selain ratu silat negara, Siti Rahmah Mohamed Nasir.

Ketika ini, dia sedang menumpukan untuk menghadapi Kejohanan Terbuka Belgium bulan depan selepas Kejohanan empat penjuru membabitkan Malaysia, Indonesia, Vietnam dan Singapura terpaksa dibatalkan kerana penularan wabak koronavirus.

Dalam masa sama, dia yakin perubahan format sistem pemarkahan dalam kejohanan di Sarawak itu tidak akan menjejaskan pesilat negara.

"Ia (perubahan format) tidak memberikan kesan kepada saya kerana saya hanya mahu bertarung sahaja.

"Selagi pegawai pemarkahan dapat menjelaskannya, saya akan menyesuaikan diri secepat mungkin," katanya.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen