Sukan SEA: Ellina buat kem gimnastik cemas

Oleh Staff Writer 12 Julai 2017 81
Sukan SEA: Ellina buat kem gimnastik cemas
Jurulatih gimnastik negara, Ng Shu Wai, mengakui perubahan latihan terpaksa dilakukan ekoran kecederaan atlet negara, Nur Eli Ellina Azmi, ketika menjalani latihan, minggu lalu. 

Ellina terpaksa menjalani proses pemulihan selepas kecederaan kaki kiri memaksanya untuk tidak banyak bergerak ketika ini. 

Terlepas sesi latihan harian, Shu Wai bagaimanapun yakin Ellina mampu segera pulih untuk membantu pasukan gimnas negara dalam Sukan SEA Kuala Lumpur, bulan depan. 

"Kami pun faham situasi yang dihadapinya ketika ingin melakukan sesuatu dalam sesi latihan. 

"Tiada siapa pun mahu dilanda kecederaan ketika Sukan SEA akan berlangsung bulan depan. 

"Bukan senang untuk beraksi dalam Sukan SEA di Malaysia," kata Shu Wai. 

Pemenang pingat emas berpasukan dalam edisi dua tahun lalu itu terpaksa melewati pengesahan doktor kecergasan, esok, sebelum disahkan status sebenarnya untuk bersama pasukan kebangsaan. 

"Kami perlu mendapat nasihat doktor terlebih dahulu tetapi bagi saya, dia tidak berdepan masalah (serius). 

"Saya berasakan dia boleh menyertai Sukan SEA."

Dalam sesi latihan kelmarin, Ellina sekadar menjalani senaman ringan tatkala rakan sepasukan yang lain giat menjalani latihan harian di Gimnasium 3, Majlis Sukan Negara (MSN). 
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen