Syed Saddiq serah ASUM buat keputusan

Oleh Staff Writer 16 Julai 2019 1355
Syed Saddiq serah ASUM buat keputusan
Menteri Belia dan Sukan, Syed Saddiq Syed Abd Rahman, menyerahkan kepada Kesatuan Renang Amatur Malaysia (ASUM) untuk memilih penerjun terbaik bagi mengisi dua slot Sukan Olimpik Tokyo 2020 dalam acara 10 meter platform terjun seirama wanita selepas kejayaan Pandelela Rinong dan Leong Mun Yee.

Kedua-dua penerjun itu menampilkan kecemerlangan sewaktu beraksi dalam Kejohanan Terjun Dunia FINA ke-18 di Gwangju, Korea Selatan, kelmarin, yang membolehkan mereka membutirkan pingat perak, sekali gus menempah tiket ke Tokyo 2020.

Kejayaan itu bermakna gandingan Pandelela-Mun Yee berjaya menjelmakan kilauan pingat sebanyak tiga kali buat skuad terjun negara dalam Kejohanan Dunia selepas meraih gangsa bagi edisi 2009 di Rome dan 2013 di Barcelona.

Syed Saddiq yakin ASUM lebih arif dalam memilih penerjun tatkala semua pihak sedar akan hasrat untuk melihat Malaysia meraih emas buat julung kalinya bagi acara terjun di pentas Olimpik.

Sementara itu, susulan isu persaraan dua tekong kebangsaan, Mohd Syahir Rosdi dan Muhammad Zulkifli Abd Razak, akibat tidak berpuas hati dengan layanan yang diterima daripada Persatuan Sepaktakraw Malaysia (PSM), Syed Saddiq dijangka akan turut campur tangan bagi menyelesaikan kemelut tersebut.

Ikuti perkembangan lanjut dalam Nadi Arena jam 5:30 petang dan 7:30 malam ini.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen