Terbuka AS: Monfils teruja saksikan Svitolina bertemu Williams

Oleh Staff Writer 5 September 2019 384
Terbuka AS: Monfils teruja saksikan Svitolina bertemu Williams
Gael Monfils mungkin telah tersingkir daripada saingan Terbuka Amerika Syarikat (AS) tetapi pengalamannya di Flushing Meadows masih belum berakhir.

Pemain kelahiran Perancis itu terlepas peluang melangkah ke separuh akhir di New York, tewas dalam pertembungan lima kepada Matteo Berrettini selepas beraksi di gelanggang hampir empat jam.

Buat hampir kesemua pemain, kekalahan dalam pusingan itu bakal menjadi tamparan hebat apabila bakal berehat panjang.

Pada usia 33 tahun, Monfils berada di  tahap terbaik dan meluahkan keterujaannya untuk memberikan sokongan kepada teman wanitanya, Elina Svitolina, dalam perlawanan separuh akhir berdepan Serena Williams esok.

"Saya bukan seorang yang gemar merungut. Saya telah memberikan yang terbaik hari ini. Saya melakukan servis yang kurang baik tetapi telah cuba sebaik mungkin," kata Monfils.

"Penonton yang hadir sungguh menakjubkan. Mereka telah memberikan semangat kepada saya. Inilah sebab saya bermain tenis.

"Saya berharap mampu meraih kemenangan, namun tetap berpuas hati dengan perlawanan ini. Saya sangat berbangga dan gembira. Saya akan berusaha memberikan sokongan kepada teman wanita saya esok."

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen