Terbuka Bronx: Wang bangkit mara ke separuh akhir

Oleh Staff Writer 23 Ogos 2019 732
Terbuka Bronx: Wang bangkit mara ke separuh akhir
Pilihan utama, Wang Qiang, melangkah ke separuh akhir Terbuka Bronx dan bakal berdepan wakil Itali, Camila Giorgi.

Wang bangkit daripada ketinggalan untuk merakamkan kemenangan 0-6, 6-1, 6-4 ke atas Anna Blinkova semalam.

Pemain di ranking ke-18 dunia itu memastikan kemenangan selepas saingan sengit dalam set penentuan untuk memastikan dia lolos ke separuh akhir acara antarabangsa WTA itu.

"Saya gagal mendapatkan sentuhan dalam set pertama," kata Wang. "Dalam set kedua, saya memulakan semula dan bangkit."

Halangan seterusnya buat Wang ialah Giorgi, yang mudah menyingkirkan Alize Cornet 6-2, 6-1.

Katerina Siniakova – pilihan kelima kejohanan – menyelamatkan dua mata perlawanan untuk mengatasi Bernarda Pera 4-6, 7-6 (8-6), 6-3 dalam tempoh dua jam 27 minit.

Siniakova bakal berdepan Magda Linette untuk mendapatkan slot ke final selepas wakil Poland itu mengatasi Karolina Muchova 6-7 (4-7), 6-4, 7-6 (7-3).

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen