Terbuka Halle: Coric berjaya elak penyingkiran

Oleh Staff Writer 20 Jun 2019 186
Terbuka Halle: Coric berjaya elak penyingkiran
Juara bertahan, Borna Coric, berjaya mengelak penyingkiran dalam pusingan kedua Terbuka Halle.

Pemain tenis kelahiran Croatia tersebut berjaya mengatasi Joao Sousa dari Portugal 7-6 (7-4), 5-7, 7-6 (7-4) untuk memastikan slot suku akhir.

Coric, yang mencipta kejutan apabila mengatasi Roger Federer dalam aksi final tahun lalu, bakal berdepan pemain kelahiran Perancis, Pierre-Hugues Herbert, yang meraih kemenangan 2-6, 7-6, (7-2) 6-4 ke atas Sergiy Stakhovsky (Ukraine).

David Goffin dari Belgium pula berjaya bangkit untuk mengatasi lawan dari Moldova, Radu Albot, 4-6, 6-4, 6-3.

Pilihan utama dari Switzerland, Federer, bakal meneruskan saingan dalam Terbuka Halle hari ini berdepan Jo-Wilfried Tsonga dari Perancis.

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen