Usaha lahirkan lebih ramai 'Mat Redho'

Oleh Shaiful Shamsudin 20 Februari 2020 87
Usaha lahirkan lebih ramai 'Mat Redho'
Presiden Persatuan Sukan Tempuh Halangan Malaysia (MORSA), Alex Cheah, ingin melahirkan lebih ramai Mohd Redha Rozlan atau lebih dikenali sebagai 'Mat Redho' apabila mendapat tajaan lebih RM1 juta tahun ini.

Selepas meraih tiga pingat perak dan satu gangsa dalam penyertaan sulung dalam Sukan SEA Filipina Disember lalu, MORSA lebih yakin untuk menganjurkan kejohanan di peringkat kebangsaan dan dunia.

Tambah Alex, persatuan perlu melahirkan lebih ramai atlet seperti Mat Redho yang pernah menjuarai Liga Cabaran Ninja 2018 selain akan memastikan atlet berusia 32 tahun itu dapat meneruskan penyertaannya dalam saingan tersebut.

"Dengan kerjasama Kementerian Belia dan Sukan (KBS), MORSA muncul persatuan pertama di dunia untuk sukan tempuh halangan.

"Boleh dikatakan Malaysia menjadi negara pertama yang mengiktirafnya sebagai sukan," katanya kepada wartawan Nadi Arena, Syakirah Zulkifli, hari ini. 

Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Steven Sim, menganggap MORSA antara persatuan sukan yang patut dicontohi dengan membuktikan prestasi kewangan yang baik supaya dapat menarik lebih banyak sektor swasta sebagai penaja.

"Tahun lalu, beberapa syarikat telah tampil untuk menaja beberapa persatuan," katanya. 
 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen