Badminton: Empat kejohanan jadi taruhan V Shem-Wee Kiong

Oleh Shaiful Shamsudin 4 Mac 2020 362
Badminton: Empat kejohanan jadi taruhan V Shem-Wee Kiong
Beregu lelaki negara, Goh V Shem-Tan Wee Kiong, menganggap masih ada peluang buat mereka untuk meraih tiket ke Sukan Olimpik Tokyo 2020 bagi penampilan kedua berbekalkan empat kejohanan yang masih berjalan di sebalik wabak novel koronavirus baru (covid-19). 

Pemenang pingat perak Sukan Olimpik Rio 2016 itu, yang kini menduduki ranking ke-13 dunia, optimis masih mampu merebut tiket ke Jepun sekalipun wabak covid-19 semakin menular.

Buat masa ini, empat kejohanan yang menjadi taruhan beregu profesional negara itu adalah Terbuka Switzerland, Terbuka India, Terbuka Malaysia seterusnya terbuka Singapura.

Bagaimanapun, V Shem menganggap hanya menjuarai kejohanan ketika ini akan mencerahkan laluan mereka dalam perebutan tiket ke temasya berprestij itu. 

"Keutamaan perlu diberikan kepada kesihatan walaupun temasya Tokyo 2002 amat penting buat atlet negara.

"Kalau mahu layak, saya kena muncul juara dalam Terbuka Switzerland.

"Walaupun sedar ia bukan mudah tetapi kami akan cuba yang terbaik," kata V Shem kepada wartawan Nadi Arena, Norhaliza Hamzah, di Majlis Sukan Negara (MSN), pagi tadi. 




Menyedari saingan makin sengit, dia mahu berjuang sehingga tiba tempoh tamatnya kelayakan dengan Terbuka Malaysia menjadi sasaran utama.

Status mereka ketika ini ialah muncul sebagai beregu kedua terbaik negara dalam ranking kelayakan sambil gandingan Ong Yew Sin-Teo Ee Yi mengekori rapat selaku gandingan ketiga negara. 

"Saya harap Terbuka Malaysia boleh diteruskan dan memberikan penonton persembahan kempen yang menghiburkan," tambahnya. 


 

Tentang Penulis

Shaiful Shamsudin

Komen