Syakilla kembali cetus tanda tanya 

Oleh Staff Writer 9 September 2019 325
Syakilla kembali cetus tanda tanya 
Ketiadaan nama Syakilla Salni Jefry Krisnan dalam undian Kejohanan Liga K1 kategori wanita bawah 55 kg di Jepun, semalam, kembali menerbitkan persoalan mengenai kelibat atlet karate berkenaan. 

Pemenang pingat emas Sukan Asia 2014 itu, yang baru menamatkan latihannya selama sebulan di Thailand dengan diiringi jurulatihnya, Andris Vasiljevs, sepatutnya terlibat dalam kejohanan pertamanya itu selepas menghadapi isu berat badan. 

Namun, ketiadaan namanya dalam kempen di Jepun itu kembali mencetuskan persoalan mengenai situasi sebenarnya selepas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN), Datuk Ahmad Shapawi Ismail, sebelum ini memutuskan ini merupakan peluang terakhir atlet berusia 27 tahun tersebut untuk membuktikan bahawa dia masih mampu mewakili negara sejak berdepan masalah berat badan tahun lalu. 

Apakah dia masih dibelenggu masalah berat badan atau ditimpa kecederaan sebelum kejohanan itu bermula dalam merintis laluan ke Sukan Olimpik Tokyo 2020?

Ikuti perkembangan lanjut dalam Nadi Arena jam 5.30 petang dan 7.30 malam ini. 

 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen