Eddy sempurnakan sasaran 15 emas kontinjen Malaysia 

Oleh Staff Writer 12 Oktober 2018 2841
 Eddy sempurnakan sasaran 15 emas kontinjen Malaysia 
Sasaran 15 pingat emas kontinjen negara dalam Sukan Para Asia Jakarta 2018 tercapai menerusi Eddy Bernard, sebentar tadi. 

Atlet berusia 17 tahun dari Sabah itu mengungguli acara lompat jauh T44, T62/64 apabila mencatat 6.30 meter yang juga merupakan rekod baru temasya biarpun tidak diletakkan sebagai peserta pilihan. 

Meskipun gagal dalam lompatan sulungnya, percubaan kelima membawa tuah kepadanya apabila selesa meninggalkan pencabar terdekat dari Sri Lanka, Maththaka Gamage Nuwan Indika (6.09m) sementara wakil tuan rumah, Indonesia, Rasyidi Rasyidi, meraih gangsa. 

"Demi emas ke-15 kontinjen negara, saya berusaha yang terbaik memenanginya untuk negara dengan mengerah segala kudrat yang ada.

"Saya begitu gembira sebab memenangi emas ke-15 untuk negara hasil daripada sokongan barisan kejurulatihan dan keluarga.

"Emas ini melonjakkan semangat saya untuk lebih berjaya di peringkat seterusnya dan menjadikan saya seorang atlet yang tidak mengenal erti putus asa," katanya. 



 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen