ARRC: Tunggangan Zaqhwan, Ibrahim curi perhatian di Australia

Oleh Staff Writer 25 April 2019 744
ARRC: Tunggangan Zaqhwan, Ibrahim curi perhatian di Australia
Mohd Zaqhwan Zaidi muncul penunggang ASB1000 terbaik dalam kalangan wakil Malaysia dalam Pusingan 2 Kejuaraan Motosikal Asia (ARRC) di The Bend Motorsport Park, Australia, hari ini. 

Zaqhwan, yang berlumba untuk pasukan Honda Asia Dream Racing With Showa itu muncul pelumba ketiga terpantas dalam kelas ASB1000.

Zaqhwan menjadi wakil tunggal Honda untuk berada di petak hadapan perlumbaan yang membabitkan 16 peserta itu manakala pelumba tempatan, Broc Parkes dan Bryan Staring, di depan Zaqhwan dengan kelebihan hanya setengah saat menerusi catatan 1:54.315s.

Sementara itu, Ibrahim Norrodin mencuri perhatian dalam kelas SuperSports 600cc selepas mencatat masa terpantas kedua kelas itu, 1:58.425s. 

Ibrahim yang merupakan pendatang baru dalam kancah ARRC hadir sebagai pengganti adiknya, Adam Norrodin, untuk mewakili SIC Junior ZK Racing. 

Pendahulu kelas SuperSports 600cc, Peerapong Boonlert, muncul pelumba terpantas kategori itu dengan merakamkan masa 1:57.958s.

Dalam masa sama, pelumba Malaysia terus bergelut dalam kelas Pengeluar Asia 250cc. 

Tatkala pelumba Indonesia dan Thailand merebut tempat teratas dalam sesi latihan bebas, Mohd Muzakkir Mohamed menjadi pelumba terpantas Malaysia apabila berada di kedudukan kelapan terpantas dengan catatan 2:11.130s.


 

ASB1000

1. Broc Parkes (AUS) (Yamaha)    1:53.855

2. Bryan Staring (AUS) (Kawasaki)    1:53.859

3. Zaqhwan Zaidi (MAS) (Honda)    1:54.315

4. Yuki Ito (JPN) (Yamaha)        1:54.978

5. Ahmad Yudhistira (INA) (Yamaha)    1:55.823

6. Azlan Shah (MAS) (BMW)        1’56.072

7. Apiwat Wongthananon (THA) (Yamaha)    1:56.851

8. Ratthapong Wilairot (THA) (Yamaha)         1:56.867

9. Chaiwichit Nisakul (THA) (Kawasaki)    1:57.929

10. Stephanie Redman (AUS) (Yamaha)    1:58.510

 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen