Tomasi anggap dua minggu tempoh terbaik

Oleh Staff Writer 13 Ogos 2019 754
Tomasi anggap dua minggu tempoh terbaik
Tugas berat menanti jurulatih sementara skuad ragbi tujuh sepasukan wanita negara, Tomasi Camaneisenirosa, apabila mempunyai tempoh kurang daripada tiga minggu sahaja bagi memastikan pasukannya mengelak menjadi pasukan belasahan dalam Kejohanan Ragbi Asia, bulan depan.

Tomasi, yang mempunyai latar belakang sebagai wakil kabangsaan skuad tujuh sepasukan Fiji, menganggap ia sebagai cabaran dalam usaha membentuk keserasian baru dengan pasukan Malaysia.

Tempoh dua minggu bukan mustahil kerana kebanyakan pemain memiliki pengalaman, namun pengendali itu meletakkan fokus untuk membantu pasukan memperkuatkan benteng pertahanan sebelum mereka beraksi di pentas Sukan SEA Filipina 2019 selain kejohanan itu. 

Dia yang kini berusia 58 tahun itu baru memulakan latihan bersama barisan pemain hari ini dan menganggap ia adalah tempoh yang cukup buatnya mempersiapkan pasukan.

"Saya rasa dua minggu adalah tempoh yang bagus. Mungkin ia boleh dijadikan dua hingga tiga sesi setiap hari. Apa yang penting adalah meningkatkan tahap bertahan," katanya.

Selain itu, Tomasi berpendapat saiz badan yang kecil tidak menjadi penghalang untuk skuad negara memburu kemenangan dalam dua kejohanan penting tersebut.

"Ia bukan tentang saiz tetapi bergantung kepada cara. Saiz hanya faktor kecil tetapi jika anda memiliki pengalaman, ia boleh diatasi. Segalanya boleh dilakukan jika dirancang sebaik-baiknya."
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen