Nadal mohon maaf selepas pamer kebangkitan

Oleh Staff Writer 14 November 2019 449
Nadal mohon maaf selepas pamer kebangkitan
Rafael Nadal memohon maaf kepada Daniil Medvedev selepas pemain nombor satu dunia itu mempamerkan kebangkitan menakjubkan dalam pusingan akhir Jelajah Dunia ATP.

Nadal mengesahkan mata akhir sebelum meraih kemenangan pertama dalam kejohanan itu 6-7 (3-7) 6-3 7-6 (7-4) di O2 Arena London, semalam.

Medvedev, yang tewas di tangan Nadal dalam final Terbuka Amerika Syarikat tahun ini, dua kali mengejutkan lawan untuk mendahului 5-1 sebelum akhirnya akur.

Pemain dari Russia itu tewas dalam lima pertemuan dengan Nadal menerusi tie-break sambil pemain Sepanyol itu -- yang masih mencari trofi pertama di pentas ATP -- menggunakan kelebihan untuk memberikan Medvedev penyingkiran awal.

Namun, Nadal mengakui dia terpaksa mengharapkan tuah untuk mengatasi pemain nombor empat dunia itu, yang berada dalam prestasi terbaik dalam babak kedua 2019.

"Sejujurnya, saya sangat bertuah, itu realitinya," katanya.

"Maaf kepada Medvedev, ia satu kekalahan yang berat memandangkan dia beraksi lebih bagus daripada saya dalam set ketiga.

"Hari ini merupakan satu daripada 1,000 perlawanan yang anda berpeluang untuk menang.

"Ketika kedudukan 5-3 dan meraih break pertama, anda hanya selangkah untuk menamatkan saingan. Saya tahu berdasarkan pengalaman peribadi yang mirip kepada perlawanan ini, terutama apabila anda mendahului dan tewas sebelum itu.

"Selepas yang pertama, saya fikir saya mempunyai peluang. Secara umum, saya beraksi lebih baik berbanding ketika menentang Alexander Zverev, dua hari lalu. Jadi, ia positif buat saya.

"Saya sudah menyertai saingan jelajah dalam tempoh yang lama, saya sayangkan sukan ini serta beraksi dalam stadium ini. Ia motivasi terbesar. Mustahil untuk tidak melawan apabila anda meraih sokongan seperti ini."

Nadal perlu menundukkan pemain nombor enam dunia, Stefanos Tsitsipas, dalam aksi terakhir peringkat kumpulan untuk mara ke separuh akhir selepas tewas di tangan juara bertahan, Zverev, Isnin lalu.
 

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen