Ronaldo, Messi, Mbappe antara calon Pemain Terbaik FIFA

Oleh Staff Writer 25 Julai 2018 6030
Ronaldo, Messi, Mbappe antara calon Pemain Terbaik FIFA
Cristiano Ronaldo, Lionel Messi dan Kylian Mbappe mengetuai pencalonan Anugerah Pemain Terbaik Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA), namun Neymar dan Paul Pogba tidak termasuk dalam senarai pendek itu.

Neymar menduduki tempat ketiga dalam undian tahun lalu. Walaupun memenangi tiga trofi domestik bersama Paris Saint-Germain (PSG) selepas meninggalkan Barcelona, ​​namun prestasi suram dalam kempen Piala Dunia Russia sejak kembali daripada kecederaan patah jari kaki membuatkan nama bintang Brazil itu tercicir. 

Pogba pula cemerlang di Russia ketika membantu Perancis memenangi Piala Dunia 2018 buat kali pertama dalam tempoh 20 tahun, namun pemain tengah Manchester United itu gagal menyertai rakan senegaranya, Mbappe, Antoine Griezmann dan Raphael Varane.

Varane merupakan satu-satunya pertahanan yang tersenarai di samping rakannya di Real Madrid, Luka Modric -- pemenang anugerah Bola Emas Piala Dunia.

Tahun pertama yang menakjubkan daripada Mohamed Salah di Liverpool menyaksikan penyerang Mesir itu meraih tempat, dengan bintang Liga Perdana Inggeris (EPL), Eden Hazard, Kevin De Bruyne dan Harry Kane, turut dinamakan. 

Ronaldo mengungguli anugerah itu selama dua tahun sejak ia diperkenalkan, dengan Messi muncul di tempat kedua. 

Pemain, jurulatih, peminat dan media akan mengundi untuk menentukan pemenangnya yang akan diumumkan dalam majlis di London pada 24 September depan.

Senarai penuh calon Pemain Terbaik FIFA:
Antoine Griezmann (Atletico Madrid dan Perancis)
Eden Hazard (Chelsea dan Belgium)
Harry Kane (Tottenham dan England)
Kylian Mbappe (Paris Saint-Germain dan Perancis)
Lionel Messi (Barcelona dan Argentina)
Luka Modric (Real Madrid dan Croatia)
Cristiano Ronaldo (Juventus dan Portugal, Real Madrid pada 2017-18)
Kevin De Bruyne (Manchester City dan Belgium)
Mohamed Salah (Liverpool dan Mesir)
Raphael Varane (Real Madrid dan Perancis)

Tentang Penulis

Staff Writer

Komen