BWF sahkan Terbuka Malaysia ditunda

By Muzaffar Musa 7 May 2021 2517
BWF sahkan Terbuka Malaysia ditunda
Persekutuan Badminton Dunia (BWF) dalam satu kenyataan ringkas hari ini mengesahkan bahawa badan induk itu telah mencapai kata sepakat dengan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) untuk menunda Kejohanan  Badminton Terbuka Malaysia, yang sepatutnya dilangsungkan dari 25 hingga 30 Mei ini. 

Jelas BWF, mereka dan pihak penganjur, BAM, sentiasa mencuba untuk mengadakan kejohanan yang selamat buat kesemua peserta tetapi peningkatan kes jangkitan COVID-19 sejak kebelakangan ini telah membuatkan mereka tiada pilihan selain menunda kejohanan itu.

Terbuka Malaysia merupakan kejohanan dengan status Super 750 di bahawa kalendar Jelajah Dunia BWF dan pada asalnya merupakan kejohanan yang menawarkan mata kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo.

BWF, bagaimanapun, boleh mengesahkan bahawa kejohanan itu kini tidak lagi akan diadakan dalam tempoh kelayakan ke Sukan Olimpik dan satu tarikh baru akan diumumkan selepas ini.


 

Tournament organisers Badminton Association of Malaysia and Badminton World Federation have jointly agreed to postpone the CELCOM AXIATA Malaysia Open 2021, scheduled for 25-30 May 2021.

Posted by BWF — Badminton World Federation on Friday, 7 May 2021

About Author

Muzaffar Musa

Comment