Hendrawan enggan COVID-19 jadi penghalang perkembangan pemain badminton negara 

By Shaiful Shamsudin 21 October 2020 75
 Hendrawan enggan COVID-19 jadi penghalang perkembangan pemain badminton negara 
Sudah ada rasa terkilan daripada kem badminton kebangsaan susulan keputusan tidak menyertai Terbuka Denmark minggu lalu kerana bergelut  memikirkan pelbagai risiko COVID-19. 

Pemenang pingat gangsa Sukan Komanwel 1978, Datuk James Selvaraj, berpandangan ia satu yang merugikan atlet itu sendiri sekiranya memilih untuk menyertai kejohanan.

Baginya, ia berbeza dengan mentaliti juara yang dimiliki Datuk Lee Chong Wei apabila disifatkan sebagai sentiasa bersedia untuk menghadapi apa jua cabaran.

 

Best wishes to our G.O.A.T Datuk Wira Lee Chong Wei 李宗伟 ❤️ #BadmintonMalaysia #BadmintonLovers #KebanggaanKita

Posted by Badminton Association of Malaysia - BAM on Tuesday, October 20, 2020


"Kalau Lee Zii Jia menyertai kejohanan itu, dia pasti menang.

"Dalam masa sama, anda seperti menyerahkan keselamatan anda kerana ia bertentangan dengan arahan kerajaan dan sekiranya apa-apa terjadi, siapa pula yang akan bertanggungjawab.

"Jadi apa pemain kita akan lakukan untuk tiga bulan seterusnya. 

"Adakah ia akan memberi manfaat kepada mereka atau sekadar menjalani latihan sehingga mereka jemu," katanya pemain legenda itu.  

Jurulatih perseorangan lelaki negara, Hendrawan, mengakui tidak akan teragak-agak untuk menemani pemain utama kebangsaan yang menduduki tangga ke-10 dunia itu asalkan bukan menjadi sekadar watak pelengkap jadual. 
"Saya pergi kerana sebagai jurulatih, saya harus bersama pemain kalau dibenarkan oleh Kerajaan Malaysia. 

"Kalau dia bermain normal, tidak mengapa. Berdasarkan persiapannya, saya nampak segalanya masalah.

"Tetapi segalanya terletak di hatinya sendiri. Jika dia memiliki keberanian untuk berjuang, saya yakin dia mampu muncul juara," kata pembimbing dari Indonesia itu. 

Beliau juga mengakui pemainnya tiada pilihan untuk menyertai kejohanan dalam misi mengutip mata kelayakan ke Sukan Olimpik Tokyo, bermula Terbuka Thailand pada Januari depan.

 

About Author

Shaiful Shamsudin

Comment