Ibu mahu Ronaldo pulang ke Sporting

By Ammar Hakim 14 May 2021 1522
Ibu mahu Ronaldo pulang ke Sporting
Ibu Cristiano Ronaldo mungkin berjaya berusaha untuk memujuk pemain itu untuk kembali ke Sporting CP tahun depan.

Ronaldo telah menempah nama selaku salah seorang pemain terbaik dunia sejak meninggalkan Sporting dan menyertai Manchester United sebagai pemain muda pada 2003.

Kapten Portugal itu terus cemerlang selepas berhijrah ke Real Madrid selepas meninggalkan Red Devils pada 2009, memecahkan rekod penjaring terbanyak kelab gergasi LaLiga itu dengan 450 gol.

Ronaldo kemudian menyertai Juventus tiga tahun lalu dan kontraknya bakal berakhir pada 2022, dan masa depan pemain berusia 36 tahun itu menjadi subjek spekulasi dengan skuad kendalian Andrea Pirlo berdepan ancaman tidak beraksi dalam Liga Juara-Juara musim depan.

Ibu kepada pemenang Ballon d'Or lima kali itu, Dolores, telah meraikan kejuaraan Liga Primeira buat Sporting yang pertama dalam tempoh 19 tahun.

Dan dia berharap anaknya dapat memainkan peranan besar dalam membantu kelab Lisbon yang terkenal menambah kejuaraan. 

"Saya akan bercakap dengannya dan berusaha meyakinkannya untuk kembali tahun depan," katanya. "Kembali ke Stadium Alvalade dan memakai warna Sporting."

Sporting mengalahkan Boavista 1-0 pada Rabu untuk dinobatkan sebagai juara Portugal untuk pertama kalinya sejak musim 2001-02.

Ronaldo meledak gol ke-100 bersama Juve dalam kemenangan 3-1 aksi Serie A ke atas Sassuolo semalam.
 

About Author

Ammar Hakim

Comment