Ronaldo yakin Juventus mampu kejar Milan, Inter

By Ammar Hakim 21 January 2021 683
Ronaldo yakin Juventus mampu kejar Milan, Inter
Cristiano Ronaldo percaya kemenangan Juventus 2-0 dalam saingan Supercoppa Italiana ke atas Napoli akan menjadi peningkat semangat dalam usaha mereka memenangi Scudetto.

Ronaldo membuka jaringan di Reggio Emilia, meledak gol yang ke-760 dalam kariernya -- jaringan yang menyaksikan menyamai rekod Josef Bican sebagai penjaring terbanyak sepanjang zaman.

Pemain gantian Alvaro Morata melengkapkan kejuaraan pertama Andrea Pirlo, namun Juve terhutang budi daripada kegagalan menyempurnakan sepakan penalti daripada Lorenzo Insigne dan dua percubaan terbaik daripada Wojciech Szczesny menafikan jaringan lawan.

"Ia merupakan perlawanan yang sukar tetapi kami memiliki perwatakan yang cukup bagus," kata Ronaldo.

"Memenangi trofi sangat penting bagi meningkatkan keyakinan. Saya sangat gembira."

Kemenangai itu menyaksikan Juve bangkit daripada kekalahan 2-0 kepada Inter hujung minggu lalu, ketinggalan 10 mata di belakang pendahulu Milan dengan berkelebihan satu perlawanan.

"Kami memerlukan semangat yang berbeza, kami telah melakukan kesilapan ketika bertemu Inter.

"Tetapi ia sudah berlalu, perkara yang paling penting hari ini kami berjaya menang dan ia merupakan trofi yang penting untuk meningkatkan semangat kami."
 

Secara semula jadinya, Ronaldo tidak berputus asa terhadap Juventus untuk memenangi gelaran Serie A ke-10 berturut-turut.

"Milan dan Inter sangat kuat, tetapi musim masih lagi panjang dan terdapat banyak lagi perlawanan, ya saya berasakan kami mampu menang

"Perjalanan ini agak sukar tetapi saya berasakan ia tidak mustahil."

About Author

Ammar Hakim

Comment