UEL: Arteta puji Willian sebagai inspirasi kemenangan Arsenal

By Muzaffar Musa 26 February 2021 331
UEL: Arteta puji Willian sebagai inspirasi kemenangan Arsenal
Mikel Arteta memberikan pujian peribadi buat Willian kerana "mengubah permainan" mereka ketika Arsenal memperoleh kemenangan dramatik ke atas Benfica untuk dalam perlawanan Liga Europa (UEL) awal pagi tadi.

Arsenal, yang turun selaku tuan rumah, hampir disingkirkan dalam pusingan kalah mati itu buat tahun kedua berturut-turut sebelum mereka pada penghujung perlawanan di gelanggang neutral di Greece itu.

Gol sepakan percuma gemilang Diogo Goncalves dan penyudah Rafa Silva ke gawang yang terbuka memadamkan jaringan pendahuluan Pierre-Emerick Aubameyang untuk Benfica mendahului 3-2 secara agregat.

Dua minit kemudian, Willian dibawa masuk sebagai pemain gantian besama Thomas Pastey dan kemasukan gandingan itu memberikan pulangan lumayan buat Arsenal apabila bangkit menyelamatkan kempen mereka pada setengah jam terakhir.

Pertahanan sayap, Kieran Tierney, menggembirakan pasukan tuan rumah itu dengan jaringan penyamaannya sebelum Aubameyang menanduk masuk gol kemenangan untuk Arsenal layak ke pusingan 16 dengan kelebihan agregat 4-3.
 
Aubameyang menerima pujian susulan gol lewat permainannya tetapi Arteta berasakan bahawa Willian, yang menjadi pencetus kepada jaringan Tierney, sebagai wira sebenar The Gunners.

"Willian, secara spesifiknya, saya fikir dia telah mengubah perlawanan ini," kata Arteta dalam sidang media selepas perlawanan itu.

"Dia memberikan kami lebih ketenangan dalam momen itu, memberikan kreativitinya, membantu jaringan Kieran dan kami memerlukannya daripada kesemua pemain kami," katanya.

 

About Author

Muzaffar Musa

Comment